Sri Lumay

Sri Lumay ialah raja pertama yang mendirikan Kerajaan Cebu, yang pada masa ini termasuk wilayah Provinsi Cebu di Filipina. Menurut cerita rakyat Visayas, ia berasal dari Sumatera, dan berdarah kacukan Tamil-Melayu.[1] Sri Lumay kemudian menetap di Sugbo, nama lama dari bandar raya Cebu.[2][3] Dia meneroka penempatan yang berhampiran pantai, di antara aliran dua sungai. Dia kemudian berniaga emas, hamba, lilin lebah, musang, kain kapas tradisional, dan mutiara.[4]

Dia mempunyai beberapa keturunan, salah seorang daripadanya ialah Sri Bantug, yang kemudian mempunyai anak lelaki bernama Rajah Humabon, iaitu raja Cebu yang menjumpai penjelajah Sepanyol Ferdinand Magellan.[1]

  1. ^ a b Saran, Shyam (2018-07-20). Cultural and Civilisational Links between India and Southeast Asia: Historical and Contemporary Dimensions (dalam bahasa Inggeris). Springer. ISBN 9789811073175.
  2. ^ Barreveld, Dirk (2014-10-06). CEBU - A Tropical Paradise in the Pacific (dalam bahasa Inggeris). Lulu Press, Inc. ISBN 9781312577190.
  3. ^ Montebon, Marivir R. (2000). Retracing Our Roots: A Journey Into Cebu's Precolonial and Colonial Past (dalam bahasa Inggeris). ES Villaver Pub. ISBN 9789719230908.
  4. ^ Cortés, Carlos (1998-01-01). Longitude: a novel (dalam bahasa Inggeris). University of the Philippines Press. ISBN 9789715421546.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search